Thursday, July 12, 2018

Peluang Menjadi Rakan Kongsi KLEZCAR Melalui Pajakan Kereta


Penambahan permintaan kereta sewa dari pelanggan membuka peluang kepada mereka yang ingin menyertai dalam perniagan kereta sewa KLEZCAR dengan menjadi pelabur. Ini dapat dilakukan melalui pajakan kereta dengan kaedah Mudharabah, iaitu perkongsian keuntungan diantara pelabur dan syarikat.

Kenapa perlu susah-susah melakukan pekerjaan extra bagi menampung pembelajaan bulanan terutama mereka yang telah berumah tangga. Kadang-kadang ada saja perkara yang memaksa kita mengeluarkan duit poket pada hari itu dan seterusnya pelan belanjawan bulanan lari dari yang telah ditetapkan. Biasanya ia berlaku kepada golongan marhaen ataupun pertengahan, bukannya golongan berada dan jutawan. 

Pajakan kereta melalui kaedah Mudharabah memberikan pengkongsian keuntungan bersih diantara pemilik kereta dan syarikat kereta sewa KLEZCAR. Tidak lagi perlu fikirkan masalah bayaran installment ,roadtax ,penjagaan kereta ,dan mencari penyewa kereta kerana ia akan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat KLEZCAR.

Jika berminat dengan perniagaan kereta sewa melalui pajakan kereta, anda boleh isikan borang pra-pendaftaran di bawah dengan menekan butang click. Bagi maklumat tambahan yang ingin saya kongsikan, syarikat kereta sewa KLEZCAR masih memerlukan sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan tambahan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat terutama di waktu cuti.







Wednesday, March 14, 2018

Jenis-jenis keretakkan cermin kereta depan



JENIS – JENIS KERETAKAN YANG BIASA BERLAKU TERHADAP CERMIN KERETA DEPAN

 



Retak/crack pada cermin depan kereta merupakan satu dilema yang perlu dihadapi oleh pemandu kenderaan kerana ia membantut perjalanan yang telah dirancang serta menelan kos besar jika perlu menukar cermin baru.

Kos penukaran cermin boleh menelan sehingga RM 500 keatas mengikut jenis kenderaan yang dingunakan.

Adakah anda tahu keretakkan cermin depan dibahagi mengikut beberapa jenis yang mana jika diambil perhatian awal dapat menyelamatkan cermin dan wang anda.

Dibawah antara keretakkan yang biasa dialami oleh pemandu Malaysia….






1.  BULLSEYE

Ia biasanya berlaku disebabkan oleh batu ataupun objek yang berbentuk bulat yang seterusnya meningalkan kesan bentuk bulat pada cermin kereta serta serpihan cermin terpisah dari badan cermin kereta.

Kerosakan ini tidaklah serius,boleh dipandu seperti biasa tetapi seeloknya baiki kerosakan tersebut jika mempunyai masa lapang.Tidak memerlukan cermin kereta baru.