Wednesday, March 14, 2018

Jenis-jenis keretakkan cermin kereta depan



JENIS – JENIS KERETAKAN YANG BIASA BERLAKU TERHADAP CERMIN KERETA DEPAN

 



Retak/crack pada cermin depan kereta merupakan satu dilema yang perlu dihadapi oleh pemandu kenderaan kerana ia membantut perjalanan yang telah dirancang serta menelan kos besar jika perlu menukar cermin baru.

Kos penukaran cermin boleh menelan sehingga RM 500 keatas mengikut jenis kenderaan yang dingunakan.

Adakah anda tahu keretakkan cermin depan dibahagi mengikut beberapa jenis yang mana jika diambil perhatian awal dapat menyelamatkan cermin dan wang anda.

Dibawah antara keretakkan yang biasa dialami oleh pemandu Malaysia….






1.  BULLSEYE

Ia biasanya berlaku disebabkan oleh batu ataupun objek yang berbentuk bulat yang seterusnya meningalkan kesan bentuk bulat pada cermin kereta serta serpihan cermin terpisah dari badan cermin kereta.

Kerosakan ini tidaklah serius,boleh dipandu seperti biasa tetapi seeloknya baiki kerosakan tersebut jika mempunyai masa lapang.Tidak memerlukan cermin kereta baru. 

        



2.  HALF MOON

Half moon adalah apabila pemandu kereta menghadapi situasi yang sama dengan bulleye,Cuma ia hanya meninggalkan kesan keretakkan separuh dari bentuk bulleye.

Dapat memandu seperti biasa dan ia tidak menyebabkan keretakkan itu merebak kepada lebih teruk.Tidak perlu menukar cermin kereta baru.




 

3.  STAR BREAK

Keretakkan kecil yang meninggalkan bentuk seperti bintang di atas cermin .
Jika ia tidak dibaiki dengan secepat mungkin ia boleh menyebabkan keretakkan merebak menjadi lebih teruk.




4.  COMBINATION BREAK
  
Dari gambungan bulleye dan star break yang menghasilkan combination break.Kerosakkan ini agak serius dan biasanya tukang repair cermin akan menyuruh menukar cermin yang baru sahaja pilihan yang diberi.



    5.  EDGE CRACK

Berlaku di 2 inci daripada hujung cermin kereta dan boleh merebak sehingga 12 inci jika perhatian awal tidak diberi.Pemandu perlu ke kedai repair cermin dengan kadar segera serta perlahan-lahan agar tidak memberi tekanan kepada cermin kereta. 

Jika tiada kawalan perjagaan semasa ke kedai repair cermin,kemungkinan cermin kereta perlu menukar kepada yang baru.


6.  STRESS CRACK

Keretakkan cermin kereta yang tidak mempunyai kaitan dengan perlanggaran sebarang  objek luar.Ia terjadi kerana berlaku perubahan suhu secara mengejut dari suhu penas ke suhu sejuk.Kejadian ini terjadi apabila kereta yang diparking di bawah matahari terik dan serta-merta membuka penghawa dingin tanpa memberi masa suhu dalam kereta sama dengan suhu di luar kereta.

Keretakkan ini berbentuk straight line dan ia bermula di bahagian tepi cermin depan kereta.Pemandu perlu mengambil perhatian serius kerana ia mudah merebak .


    7.  CHIP

Berlaku apabila batu kecil berlanggar dengan cermin kereta dan seterusnya membawa serpihan kecil terpisah dari cermin kereta.Bukaan akan terhasil dari kerosakan ini yang menyebabkan cermin berada dalam keadaan tidak selamat dan stabil.




      8. FLOATER CRACK 

Bermula di tengah cermin kereta depan.terutama jika ia tidak terletak 2 incin dari sisi cermin bermakna ia adalah floater crack.Keretakkan ini bahaya yang mudah merebak dengan cepat jika tidak dibaiki dengan segera.


Diatas segala kemungkinan yang boleh terjadi kepada cermin depan kereta,Penggunaan kereta sewa adalah perkara yang berbaloi jika tidak menggunakan kereta dalam jangka waktu yang lama,kerana pertukaran cermin kereta bukanlah mengeluarkan kos yang sedikit.

Syarikat Kereta Sewa Murah KLEZCAR merupakan satu syarikat yang berkembang pesat di Malaysia disokong dengan 70 lebih cawangan di dalam negara.Syarikat KLEZCAR juga menawarkan kereta dari kelas ekonomi(viva,myvi,axia) sehingga kelas mewah(vellfire,mercedes,civic).

Syarikat  KLEZCAR jugak memberi jaminan kepuasan penyewa dengan penawaran wangi,bersih dan service terjaga terhadap seluruh kereta kami.Jika kami tidak menepati piawaian yang kami tetapkan,pelanggan boleh meminta ganti rugi atau diberi sewaan sehari percuma.Itulah jaminan yang kami sanggup berikan kepada pelanggan kami yang mana kami mementingkan kualiti kereta sewa jika dibandingkan dengan syarikat lain.
  
Segala pertanyaan dan tempahan kereta boleh menghubungi 
 
Talian Hotline: 1 300 88 4040  ataupun membuka
Website: https://klezcar.com
 






No comments:

Post a Comment