JENIS – JENIS KERETAKAN
YANG BIASA BERLAKU TERHADAP CERMIN KERETA DEPAN
Retak/crack
pada cermin depan kereta merupakan satu dilema yang perlu dihadapi oleh pemandu
kenderaan kerana ia membantut perjalanan yang telah dirancang serta menelan kos
besar jika perlu menukar cermin baru.
Kos penukaran cermin boleh menelan sehingga
RM 500 keatas mengikut jenis kenderaan yang dingunakan.
Adakah anda
tahu keretakkan cermin depan dibahagi mengikut beberapa jenis yang mana jika
diambil perhatian awal dapat menyelamatkan cermin dan wang anda.
Dibawah
antara keretakkan yang biasa dialami oleh pemandu Malaysia….
1. BULLSEYE
Ia biasanya berlaku disebabkan oleh batu ataupun objek yang berbentuk
bulat yang seterusnya meningalkan kesan bentuk bulat pada cermin kereta serta
serpihan cermin terpisah dari badan cermin kereta.
Kerosakan ini tidaklah serius,boleh dipandu seperti biasa tetapi
seeloknya baiki kerosakan tersebut jika mempunyai masa lapang.Tidak memerlukan
cermin kereta baru.
2. HALF MOON
Half moon adalah apabila pemandu kereta menghadapi situasi yang sama dengan
bulleye,Cuma ia hanya meninggalkan kesan keretakkan separuh dari bentuk bulleye.
Dapat
memandu seperti biasa dan ia tidak menyebabkan keretakkan itu merebak kepada
lebih teruk.Tidak perlu menukar cermin kereta baru.
3. STAR BREAK
Keretakkan kecil yang meninggalkan bentuk seperti bintang di atas cermin
.
Jika ia tidak dibaiki dengan secepat mungkin ia boleh menyebabkan keretakkan merebak
menjadi lebih teruk.
4. COMBINATION BREAK
Dari gambungan bulleye dan star break yang menghasilkan combination
break.Kerosakkan ini agak serius dan biasanya tukang repair cermin akan
menyuruh menukar cermin yang baru sahaja pilihan yang diberi.
5. EDGE CRACK
Berlaku di 2 inci
daripada hujung cermin kereta dan boleh merebak sehingga 12 inci jika perhatian
awal tidak diberi.Pemandu perlu ke kedai repair cermin dengan kadar segera
serta perlahan-lahan agar tidak memberi tekanan kepada cermin kereta.
Jika tiada kawalan perjagaan semasa
ke kedai repair cermin,kemungkinan cermin kereta perlu menukar kepada yang
baru.
6. STRESS CRACK
Keretakkan cermin kereta
yang tidak mempunyai kaitan dengan perlanggaran sebarang objek luar.Ia terjadi kerana berlaku
perubahan suhu secara mengejut dari suhu penas ke suhu sejuk.Kejadian ini
terjadi apabila kereta yang diparking di bawah matahari terik dan serta-merta
membuka penghawa dingin tanpa memberi masa suhu dalam kereta sama dengan suhu
di luar kereta.
Keretakkan ini berbentuk
straight line dan ia bermula di bahagian tepi cermin depan kereta.Pemandu perlu
mengambil perhatian serius kerana ia mudah merebak .
7. CHIP
Berlaku apabila batu kecil berlanggar
dengan cermin kereta dan seterusnya membawa serpihan kecil terpisah dari cermin
kereta.Bukaan akan terhasil dari kerosakan ini yang menyebabkan cermin berada
dalam keadaan tidak selamat dan stabil.
8. FLOATER CRACK
Bermula di tengah cermin kereta depan.terutama jika ia tidak
terletak 2 incin dari sisi cermin bermakna ia adalah floater crack.Keretakkan
ini bahaya yang mudah merebak dengan cepat jika tidak dibaiki dengan segera.
Diatas
segala kemungkinan yang boleh terjadi kepada cermin depan kereta,Penggunaan
kereta sewa adalah perkara yang berbaloi jika tidak menggunakan kereta dalam
jangka waktu yang lama,kerana pertukaran cermin kereta bukanlah mengeluarkan
kos yang sedikit.
Syarikat Kereta Sewa Murah KLEZCAR
merupakan satu syarikat yang berkembang pesat di Malaysia disokong dengan 70 lebih cawangan di dalam negara.Syarikat KLEZCAR juga menawarkan kereta dari kelas ekonomi(viva,myvi,axia) sehingga kelas mewah(vellfire,mercedes,civic).
Syarikat KLEZCAR jugak
memberi jaminan kepuasan penyewa dengan penawaran wangi,bersih dan service terjaga terhadap seluruh kereta kami.Jika kami tidak menepati piawaian yang kami tetapkan,pelanggan boleh meminta ganti rugi atau diberi sewaan sehari percuma.Itulah jaminan yang kami sanggup berikan kepada pelanggan kami yang mana kami mementingkan kualiti kereta sewa jika dibandingkan dengan syarikat lain.
Segala pertanyaan dan tempahan kereta boleh menghubungi
Talian Hotline: 1 300 88 4040 ataupun membuka
Website: https://klezcar.com